Selasa, 15 Februari 2011

Doa Qunut & Terjemah


“Ya Allah tunjukkan aku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan. “

” Berikan kesehatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesehatan. “

” Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. “

” Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. “

” Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan. “

” Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. “

” Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. “

” Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. “

” Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi “

” Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. “

” Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu. “

” Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dankeluarganya.“